Follow | Dashboard
HOME . INDAH


Friday 16 December 2011 | 0 comments


YA ALLAH , AKU CINTA BAYANG-BAYANG .


suatu hari , seorang lelaki masuk kedalam perkampungan Nasrani dari puak Bani Taglib dan berjalan-jalan di sekitarnya . kemudian lelaki tersebut menziarahi seorang rahib yang terkenal dengan himpunan kisah² silam . apa yang menimbulkan rasa takjubnya ialah rahib tersebut memakai pakaian Islam . Ia pun bertanya kepadanya akan hal keadaan sebenar , lalu rahib itu menceritakan :

Sebelum ini , ada seorang wanita Nasrani yang telah terpaut hatinya dengan seorang pemuda Islam . Akan tetapi pemuda itu tetap dengan keimananya dan tidak menghiraukan wanita tersebut . Oleh sebab merasa sangat rindu dengan pemuda Islam tadi dan sebab sukar untuk bertemu , wanita tersebut telah mengupah seseorang untuk melukis gambar pemuda tersebut dengan bayaran 100 dinar . Apabila ia kerinduan yang amat sangat , ia akan menatap gambar tersebut dan menyentuh2 gambar tersebut .

Suatu hari wanita tersebut telah mendengar kematian pemuda Islam maka makinlah bertambah rasa pilu dihatinya . Kemudian ia berdiri ia menatap gambar pemuda tersebut dan meratapimya . Keesokan paginya ada seorang hambanya masuk ke dalam bilik wanita tersebut dan mendapati ianya tidak bernyawa . Lalu ia mendapati ada sehelai kertas di samping mayatnya :-

Wahai maut cabutlah nyawaku setelah tiadanya

Ambilah ia kerana harapanku telah kau rampas

Aku berserah diri kepada Allah Al Rahman sebagai orang Islam

Matilah aku sebagai kekasih yang ingkar pada-Nya kerana mencintai seseorang

Moga di syurga kekal dipertemukan, juga di hari perhitungan

seterusnya hari kebangkitan bersama Dia yang menghidupkan

Telah pergi kekasih dan menyusurinya yang mengasihi kerana kerinduan yang mendalam

Yang sentiasa kepiluan kerana meratapinya.


Maka berita ini telah tersebar luas di kalangan orang Islam dan mereka telah mengambil mayat wanita itu dan menyempurnakannya sebagai orang Islam. Akhirnya ia dikebumikan bersebelahan dengan pemuda Islam tersebut . Maka aku(rahib) telah tidur dalam kebingungan dengan apa yang berlaku dan aku melihatnya dalam mimpiku. Aku bertanya kepadanya : wahai si fulanah, apa yang Allah lakukan kepadamu?.
Dia menjawab : 


Aku berpagi hari dalam ketenangan yang tidak terkira dari segala keperitan yang aku alami

Malamnya aku hampiri Dia yang Esa tunggal dan sungguh prihatin

Dihapuskan dosa-dosaku semuanya dan hatiku bertukar girang kerana hilang segala kesedihan dan kerinduan.

Bila aku dihadapkan kepadanya aku bersaksi bahawa engkau ya Allah tidak diperanakkan dan tidak mempunyai anak.

Maka aku dikurniakan rahmat dan ditempatkan bersama dengan insan yang aku kasihi untuk selama-lamanya.




Kata rahib :  maka aku sedar bahawa apa yang berlaku kepada wanita itu lebih baik dari apa yang sedang aku lalui. Maka aku pun masuk Islam. Apabila aku masuk Islam, ramai orang-orang kampungku masuk Islam bersamaku.



p/s : Besarnya kuasa tuhan ♥


Older Post | Newer Post